Tuesday, August 22, 2017

Chin up

I was doing fine. Until they show me your picture and say your name.

Tuesday, June 20, 2017

Iftar Jami'e FB Gen7 & Hamra

Untuk pengetahuan korang yg tak tahu ape tu FB Gen 7 & Hamra, ni adalah dua 'organisasi' yang berbeza. FB Gen 7 tu stands for Food Biotech Generation 7 (budak biotech USIM) & Hamra stands for Halal Management Research Association (if I'm not mistaken). Sejarah camana dua buah organisasi ni boleh berjumpa malas plak aku nak cerita. Senang ceghita, budak FBG 7 ni ramai join Hamra lepas abis belajar. Aku ?? Aku tak join sebab application kena reject dek Hamra ni. -_-'  haha

So nak dijadikan cerita, macam biasa tiap2 tahun kami akan buat iftar jamie FB Gen7 ni kat Dataran Putrajaya. Member2 FB budak Hamra heret sekali member Hamra join iftar ni jadikan satu majlis. Apasal aku tak pernah terfikir nak buat camtu eh?? Elokkk je haaa semua boleh datang tak payah pening2 nak pi mana. Ok lah dah tahu camana nak arrange tahun depan. hehe. Even aku kawan and agak rapat jugak ngan geng Hamra ni tapi segan tu tetap ada.. Ok lah. Kali ni iftar paling best. Harap next year ade lagi..!



Monday, January 30, 2017

Water Rafting, Slim River Perak

Hi Readers!

Sempena cuti raya cina hari tu, macam biasalah team jalan2 aku dah buat plan untuk outdoor activity and pilihan kali ni adalah water rafting. Apekebenda water rafting ni? Benda ni sebenarnya sejenis sukan air yang yang boleh dikatakan agak lasak kerana  memerlukan kekuatan fizikal korang especially bahagian lengan untuk mengawal pergerakan boat di arus2 sungai yang kuat. Selain itu, ia juga memerlukan team work, daya tumpuan yang tinggi dan patuh pada arahan ketua boat. Apesal macam artikel surat khabar plak ayat aku nih.. hahaha. Gitu la lebih kurang.

Asalnya ni wishlist dari one of the team member aku tu la nak sgt water rafting tapi pakej yg dia dpt tu jauh gila nak pergi. Kat Gopeng Perak nuhh.. Punya la mencanak jauh nya. Kalau ikutkan memang kat Gopeng tu lagi berbaloi aktiviti dan bayaran dia tapi sbb jarak jauh sgt so aku try usha2 dapat la yang kat Kuala Kubu Baru. Kitorang amik pakej dgn Mr Pie (owner company water rafting). Aku contact melalui email dulu untuk tanya pakej and quotation. Bagi terus no contact korang dalam email tu senang. Harga yang aku dapat RM 180/pax.
  • Pie- Rose Water Rafting. Contact number : 019-6458615 (Mr Pie)
  • email: pierose13@yahoo.com
Tapi malam sebelum kejadian Mr Pie inform aku yang lokasi kena pindah ke Tanjung Malim Slim River sbb malam semalam hujan. Bila hujan empangan Pertak akan di tutup sbb diorang nak tadah air so air sungai akan sikit. Bila air sungai sikit, akan banyak batu yang menyebabkan bot tersangkut-sangkut so macam tak syok laaaa nak rafting asyik kena tarik boat. Dia suruh gi Slim River sbb air sungai kat sana mcm boleh tahan la deras. Aku pon cuak jugak, hahah. Bila inform group aku psl ni semua dah gelabah nak gerak jam berapa esok pagi sbb ada diorang ni dari Melaka. Slim River ni jauh nye dlm sejam jugak dari KKB. hehe.

dah sampai!!
Esok pagi tu dalam pukul 9.30 pagi kitorang sampai di exit Tol Tanjung Malim and Mr Pie jemput kitorang kat sana. Menunggu jugak la ada 2-3 team lain yang join bawah dia tak sampai lagi. Team aku 3 buah kereta semuanya, Sampai sana, park kereta kitorang breakfast dulu, Yes breakfast disediakan,! Eloklah kita isi perut dulu takder la kebulur kalau tak macamana nak mengayuh ye dak? Breakfast dia pon best.. Nasi lemak ada, roti ada, kuih2 sikit.. So lepas breakfast Mr Pie suruh isi satu borang in case of emergency, contact number family and etc. Ok makan dah, isi borang dah apee lagi.. Jom la kita rafting!!



isi borang luuu.
Nak pegi ke kepala sungai tu dia akan bawak kita naik lory or toyota hilux dia tu sbb jalan boleh tahan jugak la berbukit dan berlumpur. Dah macam anak kambing dah semua naik blakang lori. Semua barang2 berharga korang akan di pegang oleh Mr Pie. Handphone, kunci kereta etc. Dont worry  they are safe. Jgn plak gatal nak bawak phone dlm poket ye. Kalau ada bawak gopro make sure ikat ketat2 sebab dah berapa banyak dah Gopro bersemadi dalam sungai tu Mr Pie cakap. haha.




Sampai kat kepala sungai tu, Mr Pie akan bagi taklimat keselamatan, terms dan arahan dari ketua boat yg perlu kita paham, cara pakai safety vest dan topi, macam2 lah. Kalau tak paham tanya je terus. Dia jugak akan ajar apa nak buat kalau terjatuh dlm sungai, kalau terjadi kecemasan dan semua2 lah. Korang kena dengar okay??Then tak mau citer panjangg..kita gerakk ke sungai duluuu.. Group aku di pecah kepada dua boat. Satu boat akan ada 6 orang dan 2 guider. Jangan risau bukan kita dayung sendiri semua.





Maka bermula lah sejenis kegilaan yang sebenar. hahaha. Masa boat mula2 gerak tu dah terasa kegilaan dia. Mana tak nye, punya la kuat arus dia. Melambung-lambung kitorang dalam boat.Masa tu la kelam kabut praktis apa arahan ketua boat. Bila dia sebut sebut "FORWARD!!!" korang kena kayuh ke depan. Bila dia sebut "BACK PEDAL!!" korang kena dayung ke belakang. TO THE RIGHT means semuaa orang dlm boat kena gerak ke kanan. Haaaa amik kau. Memang kabut gilerr.




Ok stop jap tepi sungai amik nyawa. Tadi tu baru latihan bangg..!hahaah

Lepas tu dia berhenti tepi sungai yang slow sikit arus dia and cakap tadi tu bukan rafting yang sebenar lagi. Tu baru latihan..haaa dah nampak dah?? And kitorang dah macam What?? Latihan pon dah goyang... kahkah! Kitorang gelakk je.. Lepas tu ada explaination sikit kitorang gerak balik. Kali ni lebih bersedia. (konon la) Aummmm!. Tengok gambar je la eh..Sambung balik Rafting!!!





Mostly guider ni terdiri daripada orang asli. Sporting sangat diorang semua. Best la borak2 ngan diorang. Tapiiiiiii, ada je 'niat jahat' diorang ni sebenarnya. Korang jgn ingat semua arahan dia tu untuk kasi boat gerak lancar. Ada je dia suruh semua ke kanan, lagi ke kanan ke kanan boat sampai kitoang dah tonggeng2 dah kat tepi ni, Rupa nya dia nak bagi kitorang semua jatuh sungai. hahahahahaha. Dia terlepas cakap "kenapaaa laa susah sangat kamu ni nak jatuh" kah3. HAdoi lawak laaaa.. Tapi ada je member satu boat aku yg jatuh. Nak sangat kan... Nak tergelak bila ingat balik muka dia time dlm sungai tu. Muka Poyo dah jadi Muka Cuakk...kah3.





And ada beberapa port best yang memang mecuakkan hati dan perasaan. Korang bayangkan bila boat gerak laju and tengok  depan korang ada batu sebesar tembok cina? Memang bukan pempuan je jerit, laki pon sama. Abis hilang macho. And bila langgar je batu tu terus boat macam nak terbalik and air sungai masuk hempap kitorang. Nama je duk atas boat tapi lemas jugak dah air masuk telinga mata hidung semua. hahaha. So tengah route kita akan berhenti rehat kejap dia akn bagi refreshment like apples, coklat and air mineral. So we take group photos here.

Chop atas kepala tu maksud dia I'M OK! (bahasa isyarat guna incase korang jatuh dlm air)

Dalam 2 jam lebih camtu korang akan sampai ke hujung route sungai. SO kat sini guider kasi can mandi2 duluu, tenangkan fikiran sbb arus situ kurang kuat. Anyway, you guys should try this water rafting at least once in your life time okay??! Gambar2 yang best ni telah di ambil oleh crew2 water rafting di spot2 yang best. So takyah risau takde gambar. Lepas abis aktiviti dia akan letak di dropbox dan korang download kat situ. Takde caj lain pon semua dah masuk pakej. Kalau nak lagi senang bawak laptop amik terus gambar ngan dia lepas abis. hehehe.





Ok lah, dah abis semua kita nak lori balik ke tempat park kereta and then mandi2 tukar baju, makan tengahri yg disediakan.. Sini takde pulak nampak surau. Kitorang solat jamak zohor-asar kat Masjid tepi jalan lepas keluar balik dari situ. And lepas tu balikk..Ish. Tak balik lagiiiiiiiiii... Macam biasa...mesti ada program tambahan punyee,,,Lepak Shah Alam duluuuuu... sambil2 hantar si Mubin. Sempat la jugak layan wayang citer SPLIT. Lepas tu lepak mamak pulak sampai tgh malam baru balik.. heheheh. Ni kalau makcik2 tengok tak jadi buat menantu.. hahahaha.


OK thanks for reading darling!