Thursday, September 1, 2016

Thailand Trip Part 2

Hai..!

Ok, kita sambung balik Trip Thailand Part 1 hari tu..

Hari Kedua: Ahad

Kalau ikutkan hati nak je aku straight ke Lopburi sunflower field tu tapi memandangkan aku baca review weekend ramai orang, and kebetulan pula ada satu tempat nama Chatuchak Market yg merupakan tempat famous and tourist spot jugak yg ada di Bangkok ni, so aku decide untuk tengok2 kat sini dulu. Lagipon market ni ada hujung minggu je, hari lain tak ada. Sunflower field tu hari2 bukak. haha. Dengar citer barang murah2 pulak tu. So ke Chatucak la kita..


Dekat sini ada polis yg jaga pintu masuk ke market ni, even dekat setiap stesen MRT dan BTS pon ada and diorg akan cek kau punya beg. Aku tak sure la memang hari-hari mcm tu ke, or masa aku pegi je. Maybe sebab time tu diorang ada festival sambut birthday raja so tahap keselamatan tu diketatkan sikit. Mula-mula aku masuk polis diorang dtg dekat aku, dah cuak dah. Sbb aku kan pakai tudung, nampak sangat la mcm org Islam. Rupa-rupanya just cek bag and siap bagi peta Market tu lagi, dan tunjuk satu-satu mana kedai makan orang Islam. Muselim food, muselim food katenye. hahaha. Helpful sangat! Ok tak nak cakap banyak, tgk gambar je la eh.
aku beli ni je as souvenirs, sabun bentuk buah dan bunga. Cantik ok! bau pon sedap
alaaa...amik gambar pon tak kasiiii  :(
kulit buaya pon ada jual..haha
Banyak la brang-barang kat sini. Cakap je nak apa. Baju, beg, kasut, barang kulit, semua ada. Harga pon boleh tahan murah. Dapat la satu beg kat aku, adik aku dpt baju dua helai. haha. Pastu aku terus beli souvenir kt sini sbb lepas ni tak tahu nak dpt kat mana lagi yg murah. Haduu first day keluar, terus shopping.

Masuk bab makan lagi best! Tapi kena pilih yg halal la. Aku cerewet jugak la bab makan ni. Walaupon ada jumpa satu kedai makan Muslim, tapi aku tengok food handler dia tu mcm tak Muslim sangaaat je...haha. Risau aku. So aku makan yg aku betul2 yakin je which is pulut mangga walaupon lauk pauk kedai dia  nampak sedap je. Buah2 fresh and manis gila!Thailand kot..
aiskrim kelapa. korang beli sang kaya RM10. Sini Rm 3 jeeeee..hahahaha
Goreng-gorengan. Aku tak makan.

Air kelapa satu bang!
pulut mangga ni memang terbaik aku cakap. Sumpah sedap.
Lama jugak la aku spend masa kat Cikucak Market tu. Eh silap. Chatuchak Market. Next aku ke Saphan Taksin untuk naik boat amik angin kat Sungai Chao Praya. Sungai yg aku rasa pernah baca dalam buku teks sejarah tingkatan 3 dulu. ekekekeke. Sebelum tu aku naik BTS ke Ratchapuri Station untuk singgah untuk solat kat Masjid Al-Falah ni. Kecik je masjidnye, sesat jugak aku nak cari masjid ni. Sebab dia duk di belakang bangunan-bangunan kedai, so kena tanya locals jugak location dia baru jumpa. Alhamdulillah... :)

Lepas solat aku ke Saphan Taksin and beli tiket boat one day pass TBH 150. Sebenarnya rugi jugak amik one day pass sebab aku datang dah petang. Kalau dari pagi memang berbaloi sebab unlimited ride. Korang boleh turun di beberapa tempat sepanjang sungai Chao Praya tu and then naik balik boat untuk ke spot lain pulak. Tapi ingat tau, one day pass ni untuk boat flag biru je. Dia ada banyak jenis boat dan kaler, I am not so sure ape beza kaler tu maybe dari segi harga kot. You can refer to another blog. :)



Aku pegi dua tempat je walaupon plan asal nak gi tiga tempat, Wat Arun, Wat Pho dan Grand Palace sebab bila usha kat internet tiga ni je yg menarik bagi aku. But unfortunately hari tu Grand Palace tutup sebab birthday Al-Sulton At-Thailand. haha. Menarik in terms of architechture and culture je. So malas cakap banyak, just enjoy the pics!









So, seronok jugak laa tengok seni bina kuil-kuil Budha kat sana. Sempat juga tengok sami diorang bagi 'ceramah' kat diorang. hihi. Ok so, dari situ aku dapat la jugak ilmu tentang agama and culture diorang. Whatever it is, hari tu mmg sgt best and I am quite proud of myself sebab berjaya harungi hari ni dgn jayanya tanpa sesat. haha.

Basically macam ni la trip aku di hari kedua tu:
  • ·    Sarapan -7.00 am
  • ·    Gerak ke MRT Hua Lamphong – MRT Silom 7.30 am. 
  •      Tukar ke BTS Sala Daeng.
  • ·    Beli 1 day pass di BTS Sala Daeng kemudian pergi ke BTS  Siam.  
  •      Tukar kepada Sukhumvit Route (Exit 1) ke BTS Mo Chit.
  •      Ke Chatuchak Market. Shopping sampai penat.
  •      Makan & rehat. Solat jamak Zohor dan Asar
  •      BTS Mo Chit ke BTS Siam. 
  •      Tukar ke Silom Route terus ke BTS Saphan Taksin.
  •      Beli tiket Chao Praya River view
-         Wat Arun
-          Grand Palace
-          Wat Pho
  • ·    Makan petang. Balik hotel
  •      BTS Saphan Taksin ke BTS Sala Daeng.
  •      MRT Silom ke MRT Hua Lamphong.
Malam tak banyak sangat aktiviti yg aku boleh buat sebab pegi ngan budak kecik ni. Risau jugak aku. Kalau pegi ngan kawan-kawan lain citer boleh jaga diri masing-masing. Gi ngan adik ni aku rasa macam mak-mak sangat. haha. 

Ok lah, see you next entry!

No comments: