Friday, September 2, 2016

Sungai Chiling, Kuala Kubu Baru

Ehem..Assalamualaikum!

Rasa macam nak sambung story kita selepas ke Bukit Batu Putih, Port Dickson tu. Untuk trip Sg Chiling ni, Kakyam tak ikut sbb dia dah ada plan naik Gunung Nuang, sebagai persediaan untuk naik Kinabalu next week. Yes, dia nak naik Kinabalu. Susah ada kawan suka buat kerja gila ni. haha. So ke Sg Chiling ni member yg sama je mcm semalam just aku ajak Che Pah, classmate FB aku dulu and now dah jadi colleague aku. Esok tu kitorang kumpul kat Bangi and gerak ke sana dalam 8.30 pagi. Nak gi lepas subuh konon. haha. Jauh gila aku rasa. Dah la semua tak tahu jalan, guna Waze je, mmg sedap la kena tipu ngan si Waze ntah pape tu kan. Redha je la.

Untuk gi Sg Chiling ni, jalan dia sama je macam gi Lata Makau dulu. Tapi dulu org lain drive sbb tu aku tak ingat jalan sgt. Chehhhh, bajet. haha. Teringat pulak kenangan Makau masa drive tu. And kitorang sempat singgah Empangan Pertak kejap. Cantik view kat situ cuma lagi cantik masa pergi dulu. Yg pergi kali ni air tak penuh so nampak tanah2 merah tu. 



Lepas amik2 gambar kejap, kitorang teruskan perjalanan ke Sg Chiling. Ramai jugak yg berhenti kat Empangan ni untuk amik gambar. Then dlm 10 minute lepas tu sampai la kita ke Sg Chiling Sanctuary. Parking agak penuh sebab hujung minggu kan. Then lepas dapat parking, kitorang gerak ke dalam. Jauh la jugak kena jalan kaki dari parking ke kawasan pendaftaran tu.  Untuk masuk sini kena daftar dulu tau. Bayaran masuk Rm1/person and kalau korang bawak plastik2 makanan, botol air mineral dan segala jenis barang yg berpotensi untuk jadi sampah, korang kena declare dan kena bayar Rm3/plastik as deposit. Kalau mcm tupperware tu tak apa. haha. Masa balik tu claim balik duit tu lepas tunjuk jumlah plastik korang sama mcm masuk tadi. Tujuannya dia nak jaga kawasan situ supaya org tak suka hati je buang sampah merata. Kalau dah deposit Rm50 takkan tak mau claim kan? :)



Anyway, lepas setel bayaran semua dia akan bagi taklimat keselamatan la sikit and then baru kitorang gerak. So kat sini ada 6 lintasan semua nya. Maksudnya kena lintas anak sungai sebelum sampai ke Air Terjun paling atas tu. Dan setiap lintasan tu korang akan jumpa ikan kelah yg comel2 daan jinak! Tapi bukan la jinak sampai boleh belai.  Eeeeiiiiiiii geram gila nengok nye. Ase nak amik jala tangkap! haha. Tapi tak boleh ye. Nanti kena denda. 





Jalan dalam 30 minit kot aku rasa, akhirnya sampai ke air terjun Sg Chiling. Ramai jugak org kat situ. Kalau setakat nak amik gambar basah2 kan badan boleh la tapi kalau nak mandi kena cari port lain. Dah la ramai lelaki. Ok la tgk gambar je la. Malas tulis panjang2. haha




nampak takkkk ikan tu kat kaki kitorang?! geli okayyy..haha
Lepas dah siap berjimba dan amik gambar kat situ, kitorang turun untuk cari port mandi yg best dan tak ramai orang. Perut pon dah berkeroncong sebab dah tengahari. Haha. Bukak segala bekalan makanan yg ada dan makan la. Ape lagi.



Lepas tu mandi2 borak2 sampai la dalam 2.30 camtu kitorang gerak balik. Apa-apa pon memang best lah datang sini. You guys should come here at least once! OK?! Thanks for reading!


Bye!


No comments: