Saturday, September 3, 2016

Childhood Story: Hujan

Seminggu dua ni hari-hari hujan. Tapi tak apa. Aku tak kisah. Sebab aku suka hujan. Mungkin aku ada banyak kenangan manis yg jadi masa hujan. Even dari kecik lagi memang aku suka hujan and aku pon tak tahu kenapa. Mungkin sebab masa tu kalau hujan, dapat mandi kat luar rumah kat tempat air hujan turun menderu-deru tu. Memang seronok mandi kat situ ramai2 dengan adik-adik. Gilir-gilir amik turn. Tu tak campur lagi dengan anak-anak jiran depan rumah aku merangkap saudara jauh aku jugak. 3 ekor budak laki tu, Imad, Imran dan Izzat. 4 orang budak perempuan dgn 3 budak lelaki. Aku yg paling tua kat situ. Haha. 
Lepas tu kat rumah aku ni ada satu tangki air yang kaler hitam tu tau. Yg org guna utk simpan air kegunaan rumah tu. Disebabkan benda tu mak aku tak guna, kitorang amik buat tadah air hujan. Berendam dalam tu dah macam anak badak dah sekor-sekor sebab tujuh2 tu gedempol semuanya. HAHAHAHAHAHA! Mak aku gelak kuat gila bila tengok kitorang berendam dalam tu. Hadoi. Lepas tu kan, kalau nampak hujan macam dah nak reda, kitorang solat hajat ramai2 kat halaman rumah atas simen tu mintak doa supaya Allah jangan hentikan hujan sebab belum puas main lagi, doa biar hujan turun makin lebat.  Hahahahahaa. Bayangkan camana ‘upacara’ tu dilakukan.  Macam-macam aksi la buat masa hujan tu. Ada yg konon-konon menluncur, ada yang baring sambil bukak mulut tadah air hujan, ada berenang atas simen. haha. Lepas dah puas main tu, masing-masing akan berebut giliran tandas untuk mandi dan bilas. Mak aku marah kalau tak bilas lepas mandi hujan, takut demam katanya. Lepas semua dah bilas, mandi bersih-bersih tukar baju semua, kitorang akan lepak depan TV ramai2 sambil makan cekodok ikan bilis dan teh o panas yg mak aku dah buat siap2. Perghhhhhh! Memang layan… Terima kasih ma layan kerenah kitorang kecik-kecik dulu. Haih kenangan. 

Senyum sorang-sorang bila taip entry ni. Memori betul lah. Sekarang semuanya dah besar. Yg si Imad, Imran dan Izzat tu dah macam adik2 aku dah. Lagipon diorang umur lebih kurang sebaya dgn adik bongsu aku tu. Aku pon tak ada adik lelaki so kehadiran 3 orang tu mcm mengisi kekosongan tu. Cehhhh. Haha. Hmm….banyak sebenarnya kenangan manis masa musim hujan ni. 

Nanti aku sambung entry lain pulak okayh? Bye!

No comments: