Saturday, June 11, 2016

Hiking Trips

Assalamualaikum readers!

Heh, readers la sangattt.. Tak tahu la berapa ketul je readers blog ni.. haha. Anyway, I was so busy last month and just noticed tak ada satu pon entry untuk bulan May... Busy la sangat.. haha. Well, aku rasa semenjak dua menjak ni banyak pulak aku gi hiking. Panjat bukit tu, panjat bukit nie.. Thank you pada kawan aku Wafi sebab selalu ajak gi hiking dengan member2 dia skali. Haha. Kita ni menumpang kasih sayang jer.. Kak yam pon sama. Terima kasih sebab selalu teman aku gi hiking. Hmm...sejak umur pon tak berapa nak remaja ni, aku perasan yang tiap kali hiking mesti aku cepat semput and penat. Padahal dulu tak macam ni pon. Ke sebab aku dah kurang buat fitness. Dulu tiap kali weekend rajin je joging 4-5 round. Ni nak sapu sampah pon malas. hihi

Ok just nak share few trip yang aku dah pergi few weeks ago.

Broga Hill, Semenyih

Memandangkan rumah kak yam agak dekat dengan Bukit broga ni, maka situ lah bukit yang aku selalu panjat. Tapi still tak bosan sebab lain trip lain ceritanya. Kali ni aku bawak kawan sekolah aku Nana sbb dah lama teringin nak naik Broga katenyer.. Dan since Pipah pon datang Nilai skali untuk interview kerja maka aku pon angkut skali. Well kak yam tu memang kembar siam aku sekarang. Since kitorang pon duduk tak jauh sangat and company pon share the same boss, memang melekat la kitorang kat sini. And it was a joyful trip! Lepas naik broga kitorang pergi memandikan diri kat Jeram Toi.. Happy la si Nana tu sebab dia kerja KL, mana nak jumpa hutan ngan air terjun ni kat sana.. :)

Bukit Kluang, Besut
Next, aku jadi organizer bawak geng2 sekolah aku pegi panjat bukit Kluang. The Sixters nama geng kitorang.. haha. konon nya la..sebab kitorang berenam sebenarnya. Lagi dua orang tak dapat join. Ni aku, Nana, Nor and Nick je join. So since kampung nenek aku memang kat Besut, accommodation and refreshment is settled. Senang cerita. haha. Time kitorang pegi masa tu cuaca tak elok sangat. Since masa tu el-nino tgh kemuncak cuaca panas sangat and banyak pokok2 terbakar. So mmg panjat tu sambil hidu asap. Pergh memang lain macam la perasaan time naik tu. Tapi memandangkan dah susah2 semua dtg Besut kitorang teruskan jugak. Supposedly pemandangan kat atas tu cantik sangat tapi sbb asap jadi tak nampak la laut yg biru tu. So lepas hiking, kitorang mandi manda jap kat pantai and then enjoy makan keropok lekor ngan sotong celup tepung kat Kuala Besut. Huwwaaa memang seronok okay..! Next!

Lata Makau, Kuala kubu Baru
Nampak tak muka budak terlebih seronok? Hahahahaa. Well, aku rasa ni lah trip paling best skali. Sebenarnya before trip ni Wafi ada ajak gi Gua Batu Maloi. Tapi masa tu aku ada company trip ke Cameron Highlands. isk3. Terkilan sangat tak dapat pergi yang tu, sebab aku tak pernah lagi menggua atau bahasa Mat Salleh nye caving. Asyik hiking je ni. Dan sangat la jeles aku tengok gambar diorang semua kat sana.. But never mind..so when Wafi ajak lagi gi Lata Makau tu aku tekad aku akan join jugak walau apa pon jadi.. huahuahaua.. So there we go. Kali ni pergi dengan geng Hamra, segan uiiii...dah la ngan orang aku tak kenal, tetiba je aku wujud dalam trip diorang. hahaha. Kak yam at first tak nak join sbb nak simpan cuti untuk kakak dia kawen tapi dia ubah fikiran last minute, siap angkut Kak Nisti lagi housemate dia tu. Trip ni lain mcm sikit sbb tak jumpa pon Lata Makau tu.. haha. Punya la panjat mencanak-canak sampai 3 jam last2 tak jumpa. Tu pon sesat dalam hutan mana entah sampai kena jalan itik. Anyway best jugak sbb jumpa air terjun mana ntah kitorang mandi kat situ. Banyak la jugak benda2 kelakar ngan geng Hamra ni. Perangai sorang2 memang buat aku geli hati..haha. Dah lama tak adventure macam ni. Well, trip ni best sbb kenal kawan baru, jumpa kawan baru and at least kenal Hamra even dulu aku kena rejek untuk masuk sana. Batch diorang ni laaa... :)


Gunung Angsi
Yang ni pulak nama dia trip aci redah sebab nya kitorang sebulat suara nak pergi gunung Angsi tu dah lewat. Masa tu pukul 8 dah. Pukul 7 pagi tu tgh diskus2 lagi..nak gi ke nak gi ke tak...hahaha! Sbb plan asal memang nak pergi sbb housemate aku ajak, last2 dia cancel sebab ada plan lain. Aku dah ajak kakyam dahh.. Last2 aku ngan kakyam tekad pergi jugak hanya berbekalkan info dalam blog kat internet. Tak sangka berjaya jugak trip ni tanpa sebarang guide. hiihi. Dayah tu kitorang terpaksa pujuk sbb dia tak ada plan pon nak hiking sebenarnya...dia just datang untuk keduri Bobo dan Shima masa tu. Tido umah aku..so, ending nya berangsilah kitorang pagi ahad tuu...

Angsi kali kedua

Aku rasa dalam 3 minggu lepas tu, naik Angsi skali lagi. Haahaha. Klakar gila...aku baru je naik. Tiba2 si Wafi ni ajak naik Angsi..hmmm terpikir-pikir jugak aku nak naik ke tak. Tapi memandangkan masa tu cuti birthday Agong and aku tak ada benda nak buat, housemate aku keluar dgn member dia, kakyam pulak balik Sg Besi, memang mereput la kalo duk umah. Ok lah pergi je lah. Lagipon dia cakap nak bawak geng2 PTM...wuuuuuu.... hahahahaha. Nak tengok sikit sep2 hebakk nih! And last minute Huda ngan Akmal pon join jugak so takder lah aku mati kutu ngan geng PTM nie.. Anyway like I said, even tempat sama tapi cerita tu tetap beza2 sebab kita pergi dengan kawan yang berlainan. Hmm trip yang ni aku pening ngan Huda and Wapi tuh. Gadoh macam ape dah..aku pulak ingat diorang gaduh betul2...Cuba nak damaikan tapi nampak macam makin teruk..hahaha. so aku tak tahu nak buat apa last2. Upenyer xder la gadoh pon, tapi memang stail diorang berkawan mcm tu kot..hihi..Ok lah

Panjang pulak entry kali ni.. Penat lak menaip. Tapi tak ape lah. Alang2 bercerita... gabung terus semua skali hiking trips aku. Harap lepas ni ada lagi trip hiking! Nak gi Bukit Tabur kat KL tuuu.. tapi entah la bila...susah kerja Sabtu nie..ish geram laaa.. harap sangat dapat kerja yang cuti Sabtu Ahad. Kalo alternate sabtu kerja pon tak pe dah.. Dah cukup baik dah. Hmm.

Ok Readers! Bye assalamualaikum!

No comments: